Temberang: Entah Iya Entah Tidak – Covid

Saya masih terpinga dengan wabak Covid yang masih melanda di merata dunia dan sekaligus menjejas teruk hidup saya dan keluarga sehari-sehari. Segala nikmat yang pernah saya lalui seakan tinggal sejarah yang hanya mampu jadi kenangan – ibadah, ekonomi dan perhuhungan keluarga juga terencat teruk.

Selain menjadi kesedaran dari Sang Pencipta, Entah apa yang harus saya rumuskan tentang Covid? Apakah ini hanya suatu teori konspirasi seperti yang dikatakan oleh golongan tertentu, atau sebagai suatu musibah yang harus menginsafkan saya? Saya pilih Insaf. Astarfirullah.

Dan saya yakin Allah S.W.T sedang menguji dan menampar saya dalam memberi ingat tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara – Hidup Sebelum Mati, Muda sebelum Tua, Senang sebelum Susah, Kaya sebelum Miskin dan Sihat sebelum Sakit.

Semoga kesombongan yang mengusai hidup saya dapat terhakis. Jangan sampai dah terantuk baru nak terngadah. 

Ketika ini (25 Jan 2021 – Isnin) saya sedang menjalani kuarantin di JB Malaysia. Baru hari pertama. Ada 6 hari lagi. Saya pernah lalui kuarantin di Singapura selama 14 hari. Untung semangat saya untuk terus tersenyum masih kental. Keinginan untuk membantu orang lain masih tebal – walau sendiri terasa ditampar bertubi-tubi.

Insyaallah. Mungkin juga akan saya catatkan perbezaan pengalaman kuarantin di Singapura dan di JB. Mana lebih best? hu hu…….

/dzan 
25 jan 2021

Leave a Reply