Menanam Bangkai Haiwan
 
Soalan
Salam ustaz, saya baru dapat msg dibawah nie.. tapi merasa musykil dalam ajaran agama kita yg sepatutnya…mohon pencerahnya ustaz. Terimakasih..
 
Salam Tuan/Puan,
• Khidmat Pengebumian Kucing: $160/- ( Cat Burial )
Package Termasuk: ( Package Inclusive )
• Mengambil
• Kafan di Rumah
• Pengebumian
• Video dan Photo akan di berikan
 
Jawapan
Wa’alaikum Salam, Ini merupakan suatu usaha menawarkan Khidmat atau Service menanam Bangkai Haiwan yg telah mati.
Dalam Islam tiada salah menawarkan apa2 khidmat kepada orang utk mendapatkan bayaran dari khidmat tersebut.
Menanam benda hidup yg telah mati adalah sesuatu yg dituntut atau disuruh dalam agama Islam namun menanam manusia mati dengan haiwan mati tidaklah sama dari segi hukum.
Menanam manusia muslim dengan yg bukan muslim juga berbeza dari segi tuntutan hukum syara. Jenazah seorang muslim diwajibkan mandi, kafan utk menutup aurat dan aibnya, solatkan dan dikebumikan. Sementara yg bukan muslim cukup dibungkus dan ditanam sahaja.
Adapun menanam mayat haiwan pula tidak sama tuntutannya dengan manusia yg telah ditentukan oleh syarak. Cukup hanya ditanam sahaja tanpa perlu dikafankan kerana haiwan tiada aurat dan aib yg mesti ditutup dan tidak perlu dimandikan kerana haiwan tidak berhadats.
Memperlakukan menanam mayat haiwan seperti manusia adalah termasuk suatu Bid’ah Dholalah yg bukan dan ajar agama Islam dan tiada kaitan dengan ajaran Islam dan wajib dijauhi.
Kesimpulannya, menyediakan khidmat utk menanam haiwan tiada salahnya cuma sahaja dalam menyediakan khidmat tersebut tidaklah perlu dikafankan atau dimandikan dan jangan memberi gambaran seolah2 cara demikian itu adalah tuntutan agama.
Jangan sampai kita termasuk golongan yg disebut oleh Nabi Allah tentang manusia akhir zaman:
“Dan mereka melakukan perkara2 yg tidak disuruh….”
Wallahu A’lam
 
Ust Abdul Rahman Mohamed

Leave a Reply