Mari kita ulang kaji tentang Ramadhan
Hari ini saya mahu sampaikan tentang Syarat Sah Puasa
Sah maknanya Diterima, Tak Sah maknanya Tidak Diterima Puasanya
Dalam keadaan apakah puasa seseorang akam diterima?
Pertama – Muslim, seseorang itu mestilah seorang Muslim utk diterima puasanya. Puasa seorang yg bukan Islam tidak diterima Allah swt
Kedua- Berakal, puasa orang yg tidak berakal sempurna seperti orang Gila dan Mabuk tidak akan diterima Allah swt
Ketiga- Mumayyiz, kalau pada Syarat Wajib dikatakan seseorang itu mestilah telah sampai umur Baligh baru diwajibkan puasa namun seorang anak kecil yg telah Mumayyiz iaitu umur belum sampai
Baligh tapi sudah dapat membezakan antara yg baik dengan yg tak baik maka jika dia berpuasa maka puasanya sah dan diterima, ibu bapa yg mengalakkan anak itu berpuasa akan mendapatkan pahalanya asal tidak dengan cara paksa kerana pada dasarnya anak kecil belum diwajibkan berpuasa.
Keempat- Tidak Haidh dan Nifas bagi wanita, puasa wanita yg masih berhaidh dan nifas walaupun sedikit tetap tidak sah dan tidak akan diterima, so jangan asal boleh shj. Pastikan sudah betul2 bersih baru mulakan puasa.
Itu je syarat sah puasa. Nanti kita sambung tentang Rukun Puasa pula
Semua Syarat dan Rukun mesti atau wajib diketahui setiap orang yg mahu berpuasa.
Oleh Ust Abdul Rahman Mohamed