Solat Sunat Witir. Apa dan bagaimana.

Perlaksanaan Solat Witir Dikaitkan dengan Solat Terawih dan Tahajjud.
( Soalan dan Kemusykilan tiap2 tahun)

Solat Witir adalah solat sunnat yg raka’at ganjil dari paling sedikitnya 1 raka’at hinggalah 11 raka’at. ( tidak disunnatkan buat lebih dari 11 raka’at)

Waktu Solat Witir adalah dari selepas masuknya waktu Isyak hinggalah sebelum masuknya waktu Subuh

Perlaksanaannya boleh dibuat sekali gus ataupun beransur2 dari awal waktunya (lepas solat Isyak) hingalah waktu subuh.

Beransur2 maksudnya, awwal waktu kita buat sebahgian pertengahan waktu buat sebahgian lagi dan penghujung waktu kita tambah lagi hingalah mencapai 11 raka’at jika kita kehendaki.

Contohnya, awwal malam selepas solat Isyak ( pada bulan biasa) dan selepas Solat Terawih ( bulan Ramadhan) kita lakukan 3 raka’at, kemudian pada hujung waktu sebelum subuh kita tambah 2 lagi Solat Witr utk jadikannya 5 raka’at semuanya atau kita tambah lagi 4 utk jadikannya 7 raka’at atau kiya buat 6 raka’at lagi utk jadikannya 9 raka’at atau 8 raka’at lagi utk dijadikan 11 raka’at semuanya.

Perlaksanaan Solat Witr yg dikaitkan dengan Solat Sunnat Terawih. Ada banyak daili yg menyebut tentang Solat Wite yg tidak sesuai saya sebut disini kerana tidak mahu menjadi panjang lebar.

Ringkasnya, Kita ada beberapa pilihan, tergantung keyakinan kita sama ada kita boleh bangun malam sebelum subuh ataupun tidak.

Pertama, bagi yg tidak yakin boleh bangun malam- Lakukan Terawih kemudian lakukan Solat Witr, jika malam kelak dapat bangun maka kita boleh sambung shj solat sunnat witr seberapa banyak yg kita mahu hinggalah mencapai 11 raka’at keseluruhannya.

Kedua, bagi yg yakin boleh bangun malam- Solat Terawih tanpa Solat Witr, kemudian malamnya misalnya pada waktu Sahur, ditambah lagi dengan Solat Sunnat Tahajjud kemudian baru ditutup dengan solat sunnat witr 3 raka’at.
( ini cara yg terbaik)

Ketiga, Solat Terawih kemudian ditutup dengan Solat Witr, nanti malam apabila terbangun, Solat Tahajjud kemudian ditutup lagi dengan solat witr

Keempat, Solat Terawih kemudian solat witr, apabila terbangun malam pula, kita batalkan solat pertama yg telah kita lakukan pada awwal malam dengan solat 1 raka’at witr utk menjadikan ia genap, kerana witr apabila genap akan terbatal. Kemudian kita lakukan solat Tahajjud dan sesudah itu baru kita tutup lagi dengan solat witr
( yg keempat ini agak kurang popular)

Kelima – Lakukan Solat Terawih dengan solat witr, kemudian malamnya jika terbangun, lakukan solat tahajjud atau apa2 solat sunnat malam kemudian tidak lagi dilakukan solat Witr.
( ini kurang afdhal Solat Witr adalah solat penutup, setelah witr sebaiknya tdk ada solat lagi)

Apapun diantara yg kelima2 cara ini kita boleh pilih yg mana sahaja. Bagi saya, saya suka cara yg kedua.

– Ust Abdul Rahman Mohamed

 

Leave a Reply