Isu Solat Jumaat Sebelum Waktu Zawal Dibangkitkan Semula Hingga Menimbulkan Kegusaran, Keraguan dan Perpecahan.
Baru2 ini isu Waktu Solat Jumaat ditimbulkan semula. Sebagai orang yg ada amanah ilmu, saya terpanggil utk memberikan pandangan menurut sedikit ilmu yg Allah swt kurniakan kepada saya.
Saya tidak sama sekali bercakap bagi pihak MUIS tetapi saya bercakap dalam capacity saya secara persendirian dan bagi pihak yg memahami isu Solat Jumaat pada Waktu Sebelum Zawal.
Isu solat sebelum Zawal adalah salah satu pendapat ulama madzhab yg mu’tabar iaitu Imam Ahmad bin Hambal. Beliau menentukan pendapatnya itu berdasarkan dalil bukan pandangan semata2.
Menuduh orang yg berpendapat solat Jumaat itu dibolehkan sebelum Zawal sebagai salah dan Haram adalah pandangan yg agak extreme dan fanatik madhzab.
Semasa saya berada di Madinah bahkan hingga hari ini, ada banyak masjid2 yg solat Jumaat sebelum zawal, adakah solat mereka itu semua salah, haram dan tidak sah? Bahkan masjid di universiti Madinah juga solat sebelum zawal.
Kita di Singapura memang selama ini melakukan solat Jumaat berdasarkan waktu ikut pandangan madzhab Syafii iaitu setelah zawal, namun kita di kalangan ulama memang telah memahami qaidah bahawa dalam keadaan normal dan biasa kita sebaiknya berpegang dengan pendapat jumhur ulama ( Raajih) atau majority ulama tetapi dalam keadaan2 terdesak kita boleh sahaja berpegang dengan pendapat minority ulama ( Marjuuh) kaedah ini memang difahami oleh semua ulama melainkan mereka yg fanatik madzhab yg menganggap pandangan madhzabnya yg betul dan pandagan madzhab lain semua salah.
Salah satu isu adalah isu Batal Wudhuk antara lelaki perempuan, ikut madzhab Syafii memang batal, tetapi apabila dalam keadaan berada di masjidil haram kerana terdesak maka dibolehkan berpegang kepada madzhab Hanafi iaitu tidak batal, inilah ajaran yg disampaikan
oleh Ustaz2 kita di Singapura ini semenjak dahulu.
Tetapi saya tidak faham mengapa dalam isu solat jumaat sebelum zawal kerana dhorurat Covid 19 utk maslahat lebih ramai orang dapat solat Jumaat tidak pula dapat diterima dan dijadikan isu?
Sama juga dengan isu Zakat Fitrah menggunakan Duit, majority ulama termasuk madzhab Syafii mengatakan tidak sah zakat fitrah melainkan dengan beras shj, tetapi setelah berpuluh tahun Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei yg berpegang kepada madzhab Syafii membolehkan berpegang dengan madzhab Hanafi berzakat dengan duit, kenapa tidak dibangkitkan isu ini. Zakat fitrah kalau tidak sah maka segala amalan bulan Ramadhan tidak diterima, bukankah ini juga isu yg serious?
Wallahu A’lam