Soalan tentang Uban

Soalan
Assalamu’alaikum Ustadz. Saya ada soalan berikut:
Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban -walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya. (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Jadi apabila seseorang itu menginai/mewarna kan rambutnya dan sekiranya kemudian beliau meninggal dunia. Apakah bermakna perhitungan kebaikannya akan berkurangan seperti yg disebut di atas?

Mohon pencerahannya Wak Ustadz. Terima kasih.

Jawapan

Wa’alaikum salam wr wb, Alamak ini machiam punya hensem dipanggil Wak? Hai lah nasib!

Apapun soalan ini sangat releven utk diberikan jawaban kerana pada hari ini semakin ramai berusaha sedaya upaya utk menutup rambut putih ataupun uban kerana uban adalah petanda umur sudah tua justru ramai yg tidak mahu kelihatan tua walaupun ada yg sudah menjangkau Tua Bangka!

Memang uban bagi kebanyakkan orang adalah tanda2 seseorang itu sudah menjangkau usia tua, bererti tempoh hidup semakin akan berakhir.
Islam mengajarkan agar ummatnya tidak berusaha menghilangkan uban atau menutupnya kerana perbuatan sedemikian hanya akan menyebabkan seseorang itu lupa diri. 

Sedar diri adalah baik dan lupa diri adalah tidak baik dan Tak Sedar Diri lagi dahsyat!

Orang yg membiarkan uban dirambut agar dapat sedar diri akan mendapatkan ganjaran2 yg baik dari Allah swt sepertimana yg disebutkan pada hadits diatas.

Oleh itu terserah kepada diri masing2, your life is your choice.

Jika kita memilih utk menghilangkan uban atau menutupinya dengan pewarna, maka perbuatan itu adalah sama dengan kita Menghilangkan kebaikkan ke atas kita atau Menutup Cahaya darjat diri kita.

Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Leave a Reply