Kemaren Ada Timbul Persoalan, Apa Yg Lebih Baik, Makan Sampai Kenyang Semasa Berbuka Atau Makan Sedikit, Solat Baru Makan Kenyang.
Well, dua2pun boleh, terserah kita prefer ygmana
Masing2 pihak ada hujjah masing2.
Ia actually tergantung pada setiap orang atau keluarga dan tergantung kita berada dimana.
Kalau diluar atau berbuka di masjid misalnya selalunya makan dulu sampai settle baru solat dan lepas solat dah tak makan lagi.
Kalau saya, saya prefer makan dulu sampai settle baru solat, itu sudah menjadi kebiasaan keluarga semenjak dahulu lagi.
Kami memilih utk makan kenyang semasa berbuka atas sebab2 ini:
1) Selalunya makanan buka kami tidak beraneka macam, satu lauk sahaja. Jadi tak ada sebab utk mengambil masa lama semasa berbuka. Lepas buka solat kemudian duduk beribadah membaca Al Quran, berdzikir hinggalah masuk waktu Isyak utk kami laksanakan solat Isyak dan terawih.
2) Jika ada sumbangan juadah berbuka, kami akan makan makanan tersebut agar orang yg menyumbang mendapatkankan ganjaran memberi orang berpuasa berbuka. Kalau kita makan sedikit kemudian selepas solat baru kita makan lagi, itu tidak lagi dikira sebagai berbuka kerana ketika itu kita sudah tidak lagi berpuasa maka makanan sumbangan orang lain tidak menjadi makanan berbuka puasa.
Lalu macamana dengan apa yg dikatakan sebagai Sunnah Nabi saw buka kurma, minum air dan kemudian solat.
Sebagai jawaban, Nabi saw hanya berbuka dengan makan kurma dan minum air lalu solat sesudah itu beliau tidak makan lagi sesudah solat. Sebab tidak pula ada riwayat yg mengatakan Beiau saw sambung makan lepas solat.
Anyway seperti yg saya katakan, kedua2 cara boleh dilakukan dan setiap satu cara itu ada kebaikkannya tersendiri.
– Ust Abdul Rahman Mohamed