Saudara, kawan dan teman
Apa khabar?
Semoga pagi ini anda semua dalam keadaan baik dan sihat serta sentiasa diliputi dengan Rahmat Ilahi
Pagi ini cuma nak beritahu kepada kawan2 sesuatu yg semua anda sudahpun tahu bahawa waktu Subuh semakin lewat, 5.54
Itu bererti Allah memberi kita peluang utk kita lakukan solat malam solat Tahajjud.
Solat Tahajjud sangat baaaaaanyak kebaikkannya utk penghidupan kita dunia dan akhirat.
Waktu solat Tahajjud dari selepas waktu Isyak hinggalah sebelum masuknya waktu Subuh dan sebenarnya waktu yg terakhirlah yg paling baik.
Jadi sekarang dah tak susah nak buat Solat Tahajjud, anda tak perlu nak bangun tengah malam, anda bangun jam 5.00 pg pun ok.
Macam ni caranya……
Anda bangun jam 5.00, selepas berwudhuk solat 2 raka’at hingga 4 raka’at dengan niat Solat Sunnat Tahajjud, lakukan dengan memanjangkan ruku’ dan sujud dan dengan mengulang2 ulangi bacaan dzikir ruku’ dan sujud sampai 10 kali atau lebih kerana begitulah Nabi kita apabila beliau saw melakukan solat malam, dipanjangkannya ruku’ dan sujudnya.
Nanti pada sujud yg terakhir barulah anda luahkan segala hajat yg anda mahu, minta dan terus minta sampai puas. Kerana sa’at kita sujud tulah Allah akan berada sangat2 dekat dengan kita utk mendengar semua rayuan kita.
Kemudian anda tutup dengan melakukan 3 raka’at witir dengan cara ringkas, tak perlu panjangkan bacaan surah atau ruku’ dan sujud.
Pastu habis…..hooooray anda telahpun berjaya melakukan solat malam atau Solat Tahajjud dalam hidup anda dan kelak layak utk mendapatkan berbagai kebaikkan hidup!
Lakukan macam tu setiap malam, lagi kerap lagi baik. Nak melakukan solat malam bukan mudah, dengan lambatnya waktu subuh maka kita ada peluang dan chance utk melakukanya, jangan lepaskan peluang ini.
Ada sanggup?
Kalau tak sanggup nak kompromais dengan tidur anda macamana pula anda nak mengharapkan Allah nak sanggup tolong anda?
Memang nampak sangat engkau tu muka tak tahu malu!
Ramai kita tak sanggup nak korbankan tidur kita tapi kita harapkan Allah buat ini dan itu utk kita, tak malu ke bro n sis?
Sudah menjadi lumrah Allah, apabila kita sanggup lakukan untukNya maka Dia akan sanggup lakukan untuk kita
Kita ingat Dia, Dia ingat kita
Kita lakukan untukNya, Dia lakukan untuk kita
Thats how it works
And thats All Folks!
Ustaz Abdul Rahman Mohamed