Soalan
Salam Ustaz, sekarang ini di Singapura ini telah mula dipasarkan arak yg katanya tak ada alchohol, apa hukum meminumnya mohon penjelasan.
Jawapannya
Wa’alaikum salam, Islam mengajar kita agar menjauhikan diri dari perkara2 syubhah. Syubhah maknanya perkara2 yang tidak jelas dan diertikan juga dengan bersekongkol mengerjakan kejahatan.
Jika benar bahawa minuman ini tidak beralchohol namun jenama tersebut cukup terkenal dengan produk minuman haram.
Bila ummat Islam meminumnya ini boleh menimbulkan fitnah dan salah faham bahkan boleh menimbulkan kekeliruan.
Dari jauh orang tidak dapat nak membezakan antara yg beralchohol dan yg tidak beralchohol hingga akhirnya disangka orang Islam tersebut meminum arak.
Dalam Al Quran Allah swt memerintahkan agar kita menjauhi perkara2 yg boleh membinasakan diri kita secara physical atau secara maruah.
Firman Allah:
“Janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke kencah kebinasaan’
Al Baqarah 195
Ini akan menimbulkan suatu fitnah terhadap Islam dan ummatnya justru menjadikannya haram atas dasar Saddu Dzarai’ iaitu suatu kaedah Fiqah untuk menutup pintu2 yang boleh menuju kepada perkara2 yang haram.
Rasulullah saw pula menyuruh kita ummatnya agar menjauhi perkara2 Syubhah
“ Barangsiapa yg memasukan dirinya kepada perkara2 yg syubhah maka sesungguhnya dia telah
menjatuhkan dirinya kepada perkara yg Haram”
(R Al Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi minuman yg jelas Halal yg boleh kita minum berbanding minuman2 syubhah sebegini.
Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed