Soalan
Assalamualaikum Ustaz, saya solat dengan anak isteri saya berjema’ah lalu tiba2 terasa terkentut, apa yang perlu saya buat,? Terus selesaikan atau hentikan solat dan adakah saya sahaja yang memberhentikan solat atau semua mesti berhentikan solat? Tolong Ustaz jelaskan dan terima kasih.
Jawaban
Wa’alaikum salam saudara, syabas kerana telah menghidupkan satu sunnah yang sangat baik. Apabila imam dalam pertengahan solat tiba-tiba terkentut maka dia wajib membatalkan solatnya dengan bersalam kanan kiri dan keluar dari jema’ah. Makmum pula hendaklah teruskan menghabiskan solat masing2 dan mereka tetap mendapatkan pahala jema’ah.
Si imam apabila batal, selepas memberi salam dia boleh memberitahu jema’ahnya dengan berkata “teruskan solat” supaya jema’ahnya tidak kebingungan what telah happen!
Dengan begitu makmum tahu yang imamnya telah batal solat. Jika jemaah yang dibelakang ada lelaki, si lelaki itu hendaklah mengambil tempat melangkah ke hadapan dan menyambung solat sebagai imam. Kalau di masjid selalunya Bilal akan menerusknan solat jika imam batal solat, sistem tersebut sudahpun termaktub dalam ajaran Islam.
Dalam sesuana di rumah yang mana jemaahnya tiada lelaki yang sesuai untuk menjadi Imam apabila imam batal, maka Ibu atau mana2 anak wanita boleh menjadi imam untuk terus memimpin solat hingga selesai.
Oleh Ust Abdul Rahman Mohameda