Asalamaklekom!
Maklekom salaam
( Ini namanya Salam Mak Dara)
Asaikom!
( Yg ini ada bunyi macam askar Jipun)
Sekom!
( yg ini salam dari syarikat telekom Celcom)
Assalamu’alaikum
Mualaikum salam!
( ini jawab salam Muah Muah namanya)
Begitulah bunyi salam yg kedengaran hari ini
Belum lagi yg memberi salam secara fancy:
Salam Jumaat
Salam Subuh
Salam Ramadhan
Salam itu
Salam ini…….
Ini semua bukan cara memberi dan menjawab salam yg betul yg diajarkan oleh Allah dalam Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Double confirm!
Salam yg benar yg berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw tidak berbunyi sedemikian
Allah suruh kita memberi salam dengan betul dan baik.
Holy Quran 4:86
——————
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.
Sayapun tak tahu whats is the problem mengapa masyarakat Islam pada hari ini tidak dapat memberi salam dengan salam yg betul dan benar.
Whats is your problem?
Salam adalah doa dan lafaz berkah daripada Allah dan RasulNya dan ia bukan setakat ucapan biasa2.
Buatlah cara yg betul maka kita akan jadi betul.
Buat cara yg tak betul maka kita akan jadi ‘Orang yg Tak Betul’!
Bunyi salam yg betul adalah:
Assalamu’alaikum atau
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh
Jawab salam yg betul
Wa’alaikum Salam atau
Wa’alaikum Salam wa rahmatullahi wa barakaatuh
Simple n sweet.
Ustaz Abdul Rahman Mohamed
yang last to betul